Archive Archive

Back

PROGRAM RAMAH MESRA KEDUTAAN BESAR MALAYSIA BERSAMA PONDOK PESANTREN AL-I’TISHOM, 24 DISEMBER 2016

Kedutaan Besar Malaysia telah mengadakan Program Ramah Mesra Bersama Pondok Pesantren Al-I’tishom pada 24 Disember 2016 dengan kerjasama Bahagian Agama Kedutaan. Pesantren ini terletak di Jakarta Selatan, DKI Jakarta. Program ini telah dihadiri TYT Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia dan Isteri serta wakil-wakil Syarikat Malaysia dan Pegawai Kedutaan. Program ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial bagi menyantuni masyarakat di lapangan, selain menyemarakkan lagi hubungan rakyat-kepada-rakyat (people-to-people relations) antara kedua-dua negara.