Archives Archives

Back

PERMOHONAN UNDI POS KATEGORI 1B (LUAR NEGARA) BAGI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.187 KINABATANGAN DAN PRK DEWAN UNDANGAN N.58 LAMAG, SABAH

Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 20 Januari 2026 (Selasa) sebagai Hari Mengundi Awal dan 24 Januari 2026 (Sabtu) sebagai Hari Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan PRK Dewan Undangan N.58 Lamag, Sabah. 
Sehubungan itu, permohonan undi pos bagi semua kategori termasuk Kategori 1B (Luar Negara) bagi pelaksanaan kedua-dua PRK telah mula dibuka pada 16 Disember 2025 (Selasa) dan akan ditutup pada 6 Januari 2026 (Selasa)
Kelayakan permohonan undi pos Kategori 1B ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:
 
i) Merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di Bahagian Pilihan Raya Dewan Undangan N.58 Lamag, Sabah atau/dan Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.187 Kinabatangan, Sabah (mana-mana yang berkaitan); dan
ii) Tinggal di luar negara.

Semua permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui portal MySPR. Bagi tujuan ini, pemilih yang layak dan berhasrat mengundi secara pos hendaklah mendaftar akaun MySPR melalui pautan https://myspr.spr.gov.my. Maklumat lanjut berhubung permohonan undi pos juga boleh dicapai di laman web rasmi SPR https://spr.gov.my/permohonan-undi-pos-pilihan-raya-kecil-prk-parlimen-p-187-kinabatangan-dan-prk-dewan-undangan-n-58-lamag-sabah/