Events Events

Back

MAJLIS IFTAR RAMADHAN KEDUTAAN BESAR MALAYSIA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM 1438 H

Kedutaan telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadhan bersama anak-anak yatim pada 17 Jun 2017.  Dalam program ini, seramai 50 orang anak yatim diraikan dan sumbangan bantuan barangan keperluan berupa wang tunai dan peralatan sekolah disampaikan sendiri oleh TYT Dato’ Seri Zahrain Mohamed Hashim, Duta Besar Malaysia dan YBhg. Datin Sri Dato’ Che Mahani Ismail.  Turut menyertai majlis ini adalah komuniti Malaysia yang berada di sekitar Jakarta termasuk pelajar-pelajar dari Bogor.