Events Events

Back

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI MALAYSIA

Kedutaan Besar telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri pada 1 Syawal 1438 H bersamaan 25 Jun 2017. Majlis dimulai dengan solat sunat aidilfitri dan diikuti jamuan juadah makanan Malaysia. Kemeriahan aidilfitri kali ini disambut bersama hampir 250 orang rakyat Malaysia termasuk warga Kedutaan.  Pelbagai juadah hari raya disediakan untuk dinikmati oleh tetamu yang bergembira di dalam suasana warna warni dan meriah.  Di sepanjang majlis, semua tetamu didendangkan dengan lagu-lagu raya klasik bagi mengubati rindu terhadap kampung halaman masing-masing.