Events Events

Back

MAKAN MALAM GALA DAN KONSERT 2017 SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN ULANG TAHUN KE-60 HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA – INDONESIA, 20 SEPTEMBER 2017

Majlis telah diadakan pada hari Rabu, 20 September 2017 di Hotel Fairmont, Jakarta Selatan dari jam 6.00 hingga 10.30 malam.  Hampir lebih dari 900 tetamu hadir pada acara julung kalinya diadakan. Tetamu khas di acara tersebut adalah Bapak Muhadjir Effendi, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Selain itu, para tetamu merangkumi anggota-anggota parti politik, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Republik Indonesia, ketua-ketua Perwakilan Asing dan pertubuhan antarabangsa; tokoh-tokoh korporat dan ahli perniagaan tempatan. Acara juga turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat dari Malaysia termasuk YB Senator Dato’ Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia Kebudayaan, pegawai kanan Kerajaan Malaysia serta tokoh-tokoh perniagaan Malaysia.