Skip to Content
MISSION INFO
Address:
Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3
Kuningan 
Jakarta Selatan
Telephone: +62 21 5224947 (General Enquiries)
+62 813 8081 3036 (For Emergencies After Office Hours) 
Fax: +62 21 5224974
Email: mwjakarta[at]kln[dot]gov[dot]my
GMT: - 1 hrs (KL), + 1 hrs (Jakarta)
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: Mon-Fri: 8am-5pm, Counter Op. Hrs: 8.30am-11.00am/ 1pm-3pm (Mon-Thu), 8.30am-11am/ 2pm-3pm (Fri)
Public Holidays: Saturday & Sunday

 

news from mission news from mission

Back

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) JOHOR KE-15

PERMOHONAN UNDI POS LUAR NEGARA DI BAWAH KATEGORI 1B BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) JOHOR KE-15

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 12 Mac 2022 sebagai Hari Mengundi bagi PRU DUN Johor Ke-15. Tempoh permohonan undi pos yang telah diwartakan oleh pihak SPR adalah dari 9 Februari 2022 hingga 18 Februari 2022. 

Permohonan undi pos hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman sesawang MySPR Daftar melalui pautan berikut https://myspr.spr.gov.my/login atau di portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my/.

Pemohon bagi kategori ini juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan pengundi pos luar negara yang ditetapkan oleh SPR seperti berikut:

  1. Merupakan seorang pemilih berdaftar dengan SPR;
  2. Bermastautin di luar negara kecuali di Selatan Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla, dan Satun); Singapura, Brunei dan Kalimantan, Indonesia; dan
  3. Pernah berada atau kembali ke Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Johor. 

Bagi proses pemulangan kertas undi ke SPR (setelah diterima), para pengundi pos berkenaan boleh menggunakan mana-mana khidmat kurier sedia ada di negara yang didiami. Walau bagaimanapun, kos penghantaran semula kertas undi yang telah ditanda adalah atas tanggungan pengundi pos tersebut.


related links related links