Archives Archives

Back

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433

 

 

Warga Malaysia di Medan telah menyambut kedatangan tahun baru Islam Awal Muharam (Maal Hijrah) dalam satu majlis yang diadakan di Bangunan Canseri Konsulat Jeneral Malaysia Medan pada hari Sabtu, 26 November 2011.  Majlis yang dihadiri oleh sekitar 250 orang yang terdiri dari warga Konsulat dan keluarga masing-masing, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di Medan beserta beberapa orang rakyat Malaysia yang kebetulan berada di Medan pada masa ini.

 

2.         Majlis telah dipenuhi dengan bacaan Yaasin, solat berjemaah Maghrib dan Isyak, pembacaan doa akhir tahun dan awal tahun serta tazkirah berkaitan isu Maal Hijrah.  Semua hadirin kemudian telah dijamukan dengan makan malam yang disediakan oleh ahli-ahli PERWAKILAN.