Birth/Marriage Certificate Registration Birth/Marriage Certificate Registration

 

 

SENARAI SEMAK PERMOHONAN SURAT SOKONGAN UNTUK BERNIKAH ( PASANGAN BERAGAMA ISLAM )

 

SURAT SOKONGAN UNTUK BERNIKAH AKAN DIKELUARKAN KEPADA SETIAP WARGANEGARA MALAYSIA YANG AKAN BERNIKAH

 DI INDONESIA, DENGAN SYARAT PEMOHON BESERTA CALON ISTERI ATAU SUAMI DIWAJIBKAN HADIR BERSAMA, SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN DENGAN MENGEMUKAKAN DOKUMEN BERIKUT :

 

1. Surat Kebenaran Untuk Bernikah di luar negara yang

    dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Malaysia.  

 

2. Sijil Kursus Pra Perkahwinan dari Malaysia.  

 

3. Surat Kebenaran Untuk Bernikah dengan lebih dari seorang isteri

   ( Surat Kebenaran Berpoligami ) yang dikeluarkan oleh

   Mahkamah Syariah Malaysia ( jika berkaitan ).

 

4. Surat Kematian suami / isteri yang terdahulu atau Surat Cerai

    sekiranya pemohon adalah seorang Duda / Janda.

 

5. Kad Pengenalan Malaysia.

 

6. Pasport Antarabangsa Malaysia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

7. Surat dari Kantor Urusan Agama ( K.U.A ) Indonesia yang dialamatkan

    kepada Konsulat Jenderal Malaysia-Medan.

 

8. Surat Keterangan untuk bernikah ( N1, N2, N3 dan N4) yang dikeluarkan 

    oleh Kepala Kelurahan tempat tinggal calon isteri di Indonesia.

 

9. Kartu Tanda Penduduk Indonesia.

      

10. Pasport Indonesia.

 

11. Sekeping ( 1 ) gambarfoto berukuran pasport bagi setiap pasangan. 

 

Nota :

- Semua surat / sijil / dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama-sama

  dengan satu ( 1 ) salinan fotocopy.

- Semua permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh dua

  ( 2 ) hari bekerja.

 

 TIADA BAYARAN DIKENAKAN

 

Konsulat Jeneral Malaysia-Medan.

 

 

 

SENARAI SEMAK

 PERMOHONAN MENDAFTAR PERKAHWINAN

 ( PASANGAN BUKAN ISLAM )

 

SURAT SOKONGAN UNTUK BERKAHWIN AKAN DIKELUARKAN KEPADA SETIAP WARGANEGARA MALAYSIA YANG AKAN BERKAHWIN

 DI INDONESIA, DENGAN SYARAT PEMOHON BESERTA CALON ISTERI ATAU SUAMI DIWAJIBKAN HADIR BERSAMA, SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN DENGAN MENGEMUKAKAN DOKUMEN BERIKUT :

 

1. Surat Keterangan Status Perkahwinan yang dikeluarkan oleh

    Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.     

 

2. Surat Kematian suami / isteri yang terdahulu atau Surat Cerai

    sekiranya pemohon adalah seorang Duda / Janda.

 

3. Kad Pengenalan Malaysia.

 

4. Pasport Antarabangsa Malaysia.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

5. Borang N ( Persetujuan Perkahwinan ) yang telah disahkan oleh Kedutaan

    Indonesia @ Konsulat Jenderal Indonesia di Malaysia sekiranya bakal

    isteri berumur di bawah 21 tahun.

 

6. Kartu Tanda Penduduk Indonesia.

      

7. Pasport Indonesia.

 

8. Tiga ( 3 ) keping gambarfoto berukuran pasport bagi setiap pasangan

 

9.  Bukti telah dilangsungkannya Perkahwinan secara Agama.

 

Nota :

 

- Semua surat / sijil / dokumen asal hendaklah dikemukakan bersama-sama

dengan dua  ( 2 ) salinan fotocopy.

 

- Semua permohonan yang lengkap akan diproses dalam tempoh tiga ( 3 ) hari bekerja.

 

BAYARAN DIKENAKAN DALAM RUPIAH

YANG BERSAMAAN DENGAN RM 30.00

 

 

Konsulat Jeneral Malaysia-Medan.