Skip to Content
MISSION INFO
Address:
Consulate General Malaysia 
Jln. P. Diponegoro No.43 
Sumatera Utara
Telephone: +(62)(61) 4531342
+(62)(61) 4535271 +(62)(61) 4523992
Fax: +(62)(61) 4534681
Email: mwmedan[at]kln[dot]gov[dot]my
GMT: + 7 hrs
Working Days: Monday - Friday
Working Hours: 8.00 a.m - 4.00 p.m
Public Holidays: Saturday, Sunday & Public Holiday

 

News From Mission News From Mission

Back

MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2020

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2020

 

 

Konsulat Jeneral Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Ambang Merdeka 2020 sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 di perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia, Medan.

 

Acara dimulakan dengan bacaan doa, Menaikkan Bendera Malaysia dengan Nyanyian Lagu Negaraku, diikuti dengan ucaptama oleh Encik Aiyub Omar, Konsul Jeneral Malaysia di Medan.  Sambutan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran nasional dan semangat patriotik kepada seluruh rakyat Malaysia yang berada di luar Negara, selain mempereratkan hubungan silaturrahim dengan negara hos, Indonesia.   Sambutan ini boleh dianggap luar biasa kerena setelah 7 tahun tiada sambutannya di Medan, ianya diadakan pada tahun ini walaupun situasi pendemik Covid 19 masih melanda Indonesia.

 

Antara tetamu yang hadir terdiri daripada diplomat asing, pelabur tempatan, rakyat Malaysia, termasuk pelabur-pelabur Malaysia serta pegawai dan kakitangan Konsulat Jeneral dan keluarga, serta para pelajar Malaysia di Medan. 

 

Acara sambutan ini disambut dengan meriah dan mengikut prosedur protocol kesihatan.  Para tetamu dipersembahkan dengan tayangan video rakaman konsert khas Orkestra Filharmonik Malaysia yang menampilkan persembahan video Malaysia's Virtual National Day 2020 Reception  dan persembahan lagu-lagu patriotik oleh anak-anak Panti Asuhan Global Ikhwan.

 

Tidak ketinggalan, juadah makanan Malaysia disediakan oleh Ahli-ahli PERWAKILAN Medan dan disajikan kepada para tetamu antaranya adalah sate ayam, nasi lemak, mi goreng, roti canai dan kuih muih tradisional Melayu.

 

MW Medan

11 September 2020

 

 

 

 

 


Related Links Related Links