Mission News

Kunjungan Daripada Caterpillar Daycare

16 February 2026 253 views

Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menerima kunjungan daripada Caterpillar Daycare pada 16 Februari 2026 berkaitan penyediaan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak secara profesional bagi menyokong keperluan penjagaan anak dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Kunjungan tersebut menekankan kepentingan mewujudkan keseimbangan antara komitmen kerjaya dan tanggungjawab keluarga, khususnya bagi penjaga yang bekerja, sambil memastikan aspek perkembangan awal kanak-kanak terus diberi perhatian yang sewajarnya.

Kunjungan ini juga turut menekankan penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif, pelaksanaan program perkembangan mengikut kesesuaian usia, serta perkhidmatan yang profesional dan selaras dengan keperluan pejabat.

 

Share:
Link copied to clipboard
Back