Konsulat Jeneral Malaysia di Medan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang diketuai oleh Dr. Norshuhani Zamin bersama 8 orang pelajar pada 13 Februari 2026, bersempena pelaksanaan program komuniti di Aceh Tamiang.
Kunjungan tersebut diadakan bagi memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar mengenai peranan dan fungsi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dalam aspek hubungan diplomatik serta penjagaan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara, selain mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia khususnya di wilayah Sumatera, serta menjadi wadah untuk menilai dan meneroka peluang kerjasama strategik meliputi kolaborasi akademik, penyelidikan, mobiliti pelajar dan pembangunan profesional bersama institusi, industri dan agensi berkaitan secara keseluruhan.

