Pada 16 Februari 2025, Konsul Jeneral Malaysia, Shahril Nizam Abdul Malek berbesar hati menerima kunjungan silaturahim daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah di Konsulat Jeneral Malaysia di Medan.
Pertemuan yang penuh mesra dan harmoni ini menjadi wadah mempererat ukhuwah serta memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia terjalin. Semoga silaturahim yang terjalin terus mekar demi manfaat bersama.

