Pada 16 Februari 2026, Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah serta delegasi telah mengadakan kunjungan hormat kepada Wakil Gabenor Sumatera Utara, Bapak H. Surya.
Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai inisiatif pengembangan dan promosi geopark bertaraf dunia, termasuk penganjuran Program GeoFAST yang dijadualkan pada bulan September. Program tersebut dilihat berpotensi menjadi platform strategik dalam memperkukuh pembangunan geopark serta memperluas jaringan kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran antara Malaysia dan Indonesia.
Sebagai negara serumpun yang berkongsi sejarah, budaya dan nilai yang hampir sama, hubungan Malaysia–Indonesia terus diperkasa melalui kerjasama yang konstruktif dan berorientasikan masa depan. Semoga pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih erat, mampan dan memberi manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

