Archives Archives

Back

Borneo International Halal Showcase 2018

 Borneo International Halal Showcase (BIHAS) 2018 telah diadakan pada 24-26 September 2018 di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Pontianak. Ianya dianjurkan bersama oleh Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, UiTM Cawangan Sabah, IAIN Pontianak, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, LPPOM Majelis Ulama Indonesia, Universitas Mularwarman, Universitas Lambung Mangkurat dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

 

Acara BIHAS 2018 ini telah dihadiri antara lain oleh YB Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak, YB Tuan Azhar Datuk Haji Matussin, Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah, Profesor Emeritus Dato' Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM, Profesor Dato' Dr. Jamil Haji Jamali, UiTM Cawangan Sarawak serta Profesor Madya Datuk Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline, Rektor UiTM Cawangan Sabah.

 

BIHAS 2018 yang bertema 'Halal Products for the World' bertujuan untuk meningkatkan jaringan kolaborasi dan promosi produk halal usahawan-usahawan Malaysia, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam di rantau Borneo, menyampaikan informasi berkaitan halal serta mempromosikan pensijilan halal negara masing-masing serta mengetengahkan produk-produk halal seperti makanan, kosmetik, farmaseutikal, pelancongan peralatan kesihatan, bahan pencuci, bioteknologi dan produk herba.

 

Selain mengadakan forum-forum perbincangan acara BIHAS 2018 turut diadakan Pameran di mana sebanyak 25 pempamer daripada Sarawak dan Sabah, serta beberapa lain daripada Indonesia dan Brunei di kalangan sektor swasta dan awam menyertai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.