Archives
Education Malaysia Kalimantan Tour 2018
Seramai lebih kurang 700 pelajar-pelajar sekolah menengah atasan (SMA) di Pontianak telah menghadiri Education Malaysia Kalimantan Tour 2018 pada 23 November 2018 di Hotel Mercure, Pontianak. Sebanyak 18 institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S)daripada Sarawak dan Sabah telah menyertai pameran ini antaranya Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Teknologi Maklukmat Nusantara (NIIT) College, Sarawak dan lain-lain.
Pameran tersebut yang dianjurkan oleh Education Malaysia berjaya menarik minat pelajar-pelajar SMA yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di Malaysia. Selain mendapatkan taklimat daripada pihak IPTA/S, pengunjung-pengunjung juga berpeluang menjalankan ujian percubaan International English Language Testing System (IELTS) secara percuma dan mendaftar diri secara terus bagi sesi-sesi akademik baru yang akan datang.
Education Malaysia Kalimantan Tour 2018 turut diadakan di kota Balikpapan, Kalimantan Timur pada 25 November 2018.