Archives Archives

Back

Gerakan Vaksinasi Rabies Massal se-Kalimantan Barat 2019

Pemerintah Provinsi Kalimantan Barat  telah mengadakan acara "Gerakan Vaksinasi Rabies Massal se-Kalimantan Barat 2019" di Pos Lintas Batas Negara Entikong pada 24 September 2019.

 

Kegiatan tersebut telah dilaksanakan sempena sambutan World Rabies Day pada 28 September setiap tahun. Penyakit Rabies atau dikenali anjing gila, merupakan salah satu wabak penyakit haiwan yang telah menular di Kalimantan Barat sejak 2014. Pada tahun 2017, wabah tersebut telah mula menular ke negeri Sarawak melalui Bahagian Serian yang berbatasan dengan Kabupaten Sanggau.

 

Kegiatan ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapan di semua lapisan masyarakat dalam menangani wabak Rabies. Selain, itu ianya juga sebagai menunjuk komitmen Pemerintah Kalimantan Barat dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk bekerjasama rapat dalam membasmi wabak tersebut. Antara perkhidmatan masyarakat yang ditawarkan adalah pemberian vaksin anti-Rabies percuma kepada anjing-anjing peliharaan dan juga pada manusia, serta bazar barangan makanan lokal.

 

Acara ini telah dirasmikan oleh Sekretaris Daerah Kalimantan Barat yang mewakili Gubernur Bapak Sutarmidji dan turut dihadiri oleh Konsul Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Konsul Malaysia di Pontianak, wakil daripada Kementerian Pertanian Indonesia, Pejabat Residen Bahagian Serian, Bupati Sanggau dan pegawai-pegawai kanan daripada Dinas/Jabatan berkaitan di Kalimantan Barat dan Kerajaan Negeri Sarawak.