Archives Archives

Back

Hari Keluarga Konsulat Malaysia 2016

Pada 1 Oktober 2016, Kelab Sukan dan Kebajikan Konsulat Malaysia telah menganjurkan Hari Keluarga Konsulat Malaysia 2016 di Waterpark Paradis-Q, sebuah taman tema air di Provinsi Kubu Raya yang baru dibuka pada pertengahan tahun 2016.

Seramai 69 tetamu telah mengambil bahagian pada Hari Keluarga tersebut yang merangkumi staf-staf dan ahli keluarga Konsulat Malaysia serta rakyat Malaysia yang menetap di Kalimantan Barat. Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga telah diaturkan dalam mengeratkan hubungan di antara rakyat Malaysia dan staf-staf Konsulat Malaysia di Pontianak.

Konsulat Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan acara tersebut.