Archives
Back
Hari Sukan Negara 2016
Warga Konsulat Malaysia di Pontianak telah menyambut Hari Sukan Negara 2016 pada 8 Oktober 2016 dengan mengadakan perlawanan badminton kategori regu lelaki dan perempuan. Seramai 40 orang peserta yang merangkumi staf-staf Konsulat dan ahli keluaraga telah mengambil bahagian dalam acara ini yang diadakan secara persahabatan.
Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dalam mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’. Konsulat Malaysia di Pontianak turut berusaha dalam menjayakan aspirasi tersebut dengan mengadakan aktiviti ini sempena Hari Sukan Negara.
Majulah Sukan Untuk Negara