Archives
HEBAHAN MySPR BAGI PENGUNDI MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
HEBAHAN MySPR BAGI PENGUNDI MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA
Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan Pendaftaran Pemilih dan menjalankan Pilihan Raya Umum atau kecil. Bagi maksud membantu pelaksanaan kedua-dua fungsi tersebut, SPR telah menyediakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai MySPR bagi beberapa perkhidmatan yang akan digunakan oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 iaitu semakan maklumat pengundian dan permohonan undi pos bagi pengundi yang berada di luar negara.
Dalam pekara ini, para Pengundi perlu mempunyai akaun dalam Portal MySPR terlebih dahulu dan seterusnya menggunakan perkhidmatan tersebut dalam tempoh yang akan diumumkan oleh SPR kelak melalui pautan https://myspr.spr.gov.my.
SPR turut menyediakan Portal Semakan Khas yang dinamakan sebagai Portal MySPR Semak dan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai MySPR Semak. Portal ini boleh dicapai melalui pautan https://mysprsemak.spr.gov.my. Manakala aplikasi MySPR Semak boleh dimuat turun ke telefon mudah alih daripada penyedia perkhidmatan mudah alih seperti Apple Store dan Google Play.
Disertakan infografik berhubung MySPR