Archives
Back
KPJ Kuching Berkunjung Ke Konsulat
Pada 20 Julai 2017, Konsulat Malaysia telah menerima kunjungan daripada rombongan KPJ Kuching. Rombongan seramai tujuh orang diketuai oleh Puan Mah Lai Heng, Senior General Manager KPJ Healthcare Berhad berserta Bapak Liu Sin Jung Timotius, Kepala Perwakilan Kuching Specialist Hospital di Pontianak dan Puan Nurhazimah Mahat, General Manager KPJ Kuching.
KPJ Kuching telah membuat lawatan ke Kalimantan Barat bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran perkhidmatan mereka serta melebarkan jalinan hubungan kerjasama bersama sektor swasta khususnya dalam bidang perubatan di provinsi ini. Selain membuat kunjungan ke Konsulat Malaysia, rombongan KPJ turut membuat kunjungan hormat ke atas Bapak Drs. Christiandy, Wakil Gubernor Kalimantan Barat.