Archives
Back
KUNJUNGAN DELEGASI KEMENTERIAN PELANCONGAN , INDUSTRI KREATIF DAN SENI PERSEMBAHAN SARAWAK (MTCP)
Konsulat Malaysia telah menerima kunjungan delegasi dari Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) yang diketuai oleh Dr. Elena Gregoria Chai, Ketua Bahagian Industri Kreatif dan Warisan beserta pegawai-pegawai dari Jabatan Muzium Sarawak. Lanjutan dari kunjungan tersebut satu sesi perbincangan telah diadakan bagi membincangkan kerjasama pelaksanaan beberapa program dalam bidang kebudayaan secara kolaborasi di antara Kerajaan Sarawak bersama pemerintah tempatan di Kalimantan Barat, Indonesia.





