Archives
Back
Kunjungan Ke Pos Lintas Batas Entikong dan Aruk, Kalimantan Barat
Pada 12-13 Julai 2017, Konsul Malaysia di Pontianak telah membuat lawatan tinjauan ke pos-pos lintas batas negara (PLBN) di sempadan Malaysia-Indonesia di Kalimantan Barat khususnya di Entikong dan Aruk.
Tujuan lawatan adalah bagi melihat fasiliti baru serta meninjau operasi dua PLBN tersebut setelah siap dinaiktaraf dan dirasmikan oleh Presiden Jokowi pada Disember 2016 (bagi Entikong) dan Mac 2017 (bagi Aruk). Konsul Malaysia telah mengambil kesempatan untuk beramah mesra dalam mengukuhkan lagi hubungan di antara petugas-petugas di PLBN tersebut dengan Konsulat Malaysia. Selain itu, Konsul turut berkunjung ke Pusat Pemeriksaan Imigresen, Kastam dan Kuarantin Keselamatan (ICQS) di Tebedu dan Biawak, Malaysia.