Archives
Back
KUNJUNGAN TOURISM JAKARTA & STB
Konsulat Malaysia telah menerima kunjungan daripada Encik Yunus Suhid, Tourism Malaysia di Jakarta, Puan Barbara Benjamin Atan, Sarawak Tourism Board (STB) dan Puan Farah Delah binti Suhaimi Kumed, Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) berserta delegasi-delegasi pada 24 Ogos 2022 bertempat di Pejabat Konsulat. Turut diadakan adalah perbincangan berkaitan usahasama-usahasama yang akan dilaksanakan di antara agensi-agensi berkenaan dengan Konsulat Malaysia dan pemerintah/syarikat swasta Kalimantan Barat.