Archives
Back
Lawatan Kerja Menteri Muda Pengangkutan Sarawak ke Pontianak 21-23 Ogos 2017
YB Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak dan delegasi daripada Kerajaan Negeri Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Pontianak, Kalimantan Barat pada 21-23 Ogos 2017. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mengadakan pertemuan dengan Bapak Drs. Cornelis, Gubernor Kalimantan serta pegawai-pegawai Dinas Perhubungan Pemerintah Daerah.
Beberapa isu telah dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin berkenaan masalah yang dihadapi oleh operator-operator bas di antara Sarawak dan Kalimantan Barat termasuk isu masalah teksi gelap dan memulakan laluan lintas batas di Aruk-Biawak dan Nanga Badau-Lubok Antu.