Archives
Lawatan Kerja YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Ke Kalimantan Barat
YB Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta delegasi telah mengadakan lawatan kerja ke Kalimantan Barat pada 10 – 12 Mei 2016 bagi merasmikan projek perdagangan elektrik di antara Kalimantan Barat dan Sarawak.
Semasa lawatan tersebut, YB Datuk Seri telah membuat kunjungan ke substesen elektrik Bengkayang yang menyambung bekalan elektrik daripada Sarawak. YB Datuk Seri juga telah mempengerusikan mesyuarat dua hala di antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Pengusaha Listrik Nasional (PLN) dalam membincangkan Inisiatif ASEAN Power Grid yang melibatkan pembinaan grid-grid elektrik dari Sabah, Sarawak dan trans-Kalimantan. Beliau turut mengadakan lawatan ke Universitas Tanjungpura (Untan) dan telah bertemu dengan Prof. Thamrin, Rektor Untan dalam membincangkan kerjasama penyelidikan dalam bidang bio-energi. Selain itu, YB Datuk Seri juga telah menghoskan satu Majlis Makan Malam bersama-sama rakyat Malaysia di Pontianak.
Lawatan Kerja YB Menteri KeTTHA telah diadakan dengan jayanya dalam membantu merealisasikan ASEAN Power Grid di Sarawak, Sabah dan Kalimantan.