Archives
Back
LAWATAN KONSULAR KE PENJARA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2022
Lawatan Konsular ke Penjara Lapas Kelas II A, Pontianak dan Sesi Interaksi bersama tahanan warganegara Malaysia oleh Konsulat Malaysia telah diadakan pada 26 April 2022. Semasa sesi tersebut, Konsulat Malaysia juga telah menyampaikan sedikit buah tangan kepada tahanan warga Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma. Semoga dengan kehadiran pegawai-pegawai dari Konsulat ini sedikit sebanyak dapat membantu tahanan warga Malaysia di dalam aspek bantuan konsular serta mengubat rindu suasana hari raya di kampung halaman.





