Archives Archives

Back

Lawatan Panglima Tiga Briged Infantri ke Pontianak

Pada 4-7 November 2017, Brig. Jen. Mohd. Bustaman Mat Zin, Panglima Tiga Briged telah membuat lawatan ke Pontianak, Kalimantan Barat. Lawatan tersebut adalah bagi mengetuai Malaysia ke Unit Commanders Meeting bersama pihak Korem 121, Tentara Nasional Indonesia (TNI).

 

Unit Commanders Meeting merupakan acara yang diadakan dua tahun sekali di Pontianak dan Kuching secara bergilir-gilir bagi membincangkan aktiviti dan program kerjasama yang akan dilaksanakan oleh Tiga Briged Tentara Darat Malaysia dan Korem 121, TNI.

 

Pada 6 November 2017, Panglima Tiga Briged dan Komandan Korem 121 telah membuat kunjungan ke Konsulat Malaysia di Pontianak.