Archives Archives

Back

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KONSULAT MALAYSIA DI PONTIANAK

Majlis Berbuka Puasa Bersama Konsulat Malaysia di Pontianak telah berlangsung pada 10 Jun 2016 di Hotel Mercure, Pontianak. Majlis tersebut turut dihadiri seramai lebih kurang 70 para tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia di Kalimantan Barat pegawai dan kakitangan Konsulat Malaysia serta ahli keluarga mereka.

 

Selain daripada berbuka puasa dengan jamuan yang disediakan dan beramah mesra di kalangan rakyat Malaysia dan staf-staf di Konsulat, majlis tersebut turut diraikan dengan ceramah agama bertajuk “Kelebihan Membaca Al-Quran” yang disampaikan oleh Ustad Ihsan Dwisantoso, seorang penceramah agama tempatan.

 

 

Konsulat Malaysia di Pontianak ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa.

 

 

 Konsul Mengalu-alukan Kehadiran Tetamu

 

 

Ust. Ihsan Dwisantoso Menyampaikan Ceramah“Kelebihan Membaca Al-Quran”

 

Konsul Bersama Rakyat Malaysia

 

Isteri Konsul Bersama Rakyat Indonesia