Archives Archives

Back

Majlis Berbuka Puasa Bersama Konsulat Malaysia, Pontianak 2017

 Pada 9 Jun 2017, Konsulat Malaysia telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Transera, Pontianak. Majlis tersebut dihadiri oleh seramai sekitar 100 orang daripada staf dan ahli keluarga Konsulat, rakyat Malaysia yang menetap di Kalimantan Barat serta rakan-rakan daripada ahli media tempatan.

 

Selain berbuka puasa, bersolat Maghrib berjemaah, majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada rakan-rakan ahli media tempatan sebagai penhargaan ke atas kerjasama yang telah diberikan selama ini. Sejurus selepas majlis tamat, warga Konsulat Malaysia telah berkunjung ke Pesantren El Amani, sebuah rumah anak yatim yang menjaga 20 anak-anak yatim atau dari golongan susah untuk menyampaikan sumbangan berbentuk bahan makanan dan wang.

 

Konsulat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut termasuk yang sudi memberi sumbangan dari kalangan staf-staf Konsulat Malaysia serta syarikat PT Minarmas (Sime).