Archives
Back
MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIH
Konsulat Malaysia telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Bersama Rakyat Malaysia yang berada di Wilayah Kalimantan,Indonesia dan turut dihadiri oleh 'Friends of Malaysia' bertempat di Bangunan Canseri Konsulat Malaysia di Pontianak. Pada masa yang sama, Konsulat turut mengadakan majlis perpisahan buat Tuan ASP Mohd Nizam bin Jubidi, Pegawai Perhubungan Polis DiRaja Malaysia (MPLO) Pontianak yg bakal menamatkan tugasan di penempatan mulai 1 April 2025 serta Puan Nurul Amirah binti Mohd Zaidi, isteri kepada Tuan Kpl Shahrizal bin Shahlan, Kerani Belanjawan di Pejabat Perhubungan Tentera Malaysia (MMLO) Pontianak yg bakal memulakan tugasnya semula di Malaysia pada 1 April 2025.














