Archives Archives

Back

MAJLIS HALALBIHALAL KONSULAT MALAYSIA DI PONTIANAK TAHUN 2024

(5/5/2024) Konsulat Malaysia di Pontianak menganjurkan Majlis Halalbihalal bagi tahun 2024 bertempat di Grand Mahkota Hotel,Pontianak. Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan dari Forum Komunikasi Pimpinan Daerah (Forkopimda) Provinsi Kalimantan Barat, Penjabat (Pj) Walikota Pontianak, Tokoh-Tokoh Masyarakat, Rektor Institusi Pendidikan Tinggi, Rakyat Malaysia di Pontianak, Friends of Malaysia, Agensi Perhotelan sekitar Pontianak, Pengamal Media serta masyarakat tempatan. Dalam acara ini juga, para tetamu turut disajikan dengan pelbagai menu Malaysia seperti Laksa Malaysia, Roti Canai Malaysia, Kek Lapis Sarawak dan beraneka jenis kuih muih tradisional Malaysia.