Archives Archives

Back

LAWATAN KERJA DELEGASI AIRASIA

Pada 23/06/2025, Konsulat Malaysia telah mengatur Kunjungan Hormat delegasi AirAsia Berhad yang diketuai oleh Encik Eddy Krismaedi, Ketua Perhubungan Kerajaan, AirAsia Indonesia, Encik Hamdan Mohamad, Pengarah Hal Ehwal Sarawak, AirAsia Berhad dan didampingi oleh Encik Azizul Zekri Abd Rahim, Konsul di Konsulat Malaysia di Pontianak ke atas Yth Bapak Drs. H. Ria Norsan, M.M., M.H., Gubernur Kalimantan Barat pada hari ini, di kediaman rasmi beliau di Pontianak, Indonesia.
Kunjungan ini adalah untuk membincangkan pembukaan semula laluan penerbangan Pontianak - Kuching; Pontianak – Kuala Lumpur selaras dengan pengumuman Lapangan Terbang Supadio Pontianak kembali dinaikkan statusnya daripada domestik kepada internasional oleh Gubernur Kalimantan Barat pada 4 Jun 2025 yang lalu.
Konsul Malaysia di Pontianak seterusnya menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Pemerintah Indonesia, khususnya Pemerintah Kalimantan Barat yang diketuai oleh Gubernur Bapak Drs. H. Ria Norsan, M.M., M.H. yang telah banyak membantu dan memudahcara urusan agar Lapangan Terbang Supadio Pontianak mendapat kembali status antarabangsanya.
Beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pengunjung dari Kalimantan Barat ke Kuching, Sarawak menggunakan jalan darat meningkat dengan signifikan setiap tahun. Adalah diharapkan dengan pembukaan semula penerbangan Pontianak – Kuching; Pontianak – Kuala Lumpur ini akan meningkatkan lagi jumlah pengunjung ke dua-dua negara; serta meningkatkan lagi ekonomi Malaysia – Indonesia, terutamanya dalam bidang pelancongan, pendidikan, perdagangan, perubatan dan lain-lain.
Semoga pada masa hadapan akan lebih banyak lagi laluan penerbangan dari Pontianak ke lokasi-lokasi lain di Malaysia akan dapat dibuka.
No photo description available.
 
No photo description available.
 
 
No photo description available.
 
No photo description available.
 
No photo description available.

 

Pada sebelah malam pula, Konsulat Malaysia telah mengadakan Majlis Makan Malam bersama Wakil Syarikat AirAsia.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.