Archives
Majlis Makan Malam Bersama Konsulat 2016
Pada 9 Disember 2016, Konsulat Malaysia telah menganjurkan Majlis Makan Malam Bersama Konsulat 2016 sempena hujung tahun 2016 bagi meraikan kejayaan yang telah diraih selama tahun 2016. Majlis tersebut turut dihadiri seramai lebih kurang 60 orang tetamu yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang menetap di Pontianak serta staf-staf dan ahli keluarga Konsulat.
Dalam ucapan Konsul, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada staf-staf Konsulat di atas dedikasi mereka sepanjang 2016 dalam menjayakan beberapa program yang telah sedikit sebanyak membantu dalam mengeratkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Indonesia khususnya di Kalimantan Barat. Beliau turut menggesa agar komitmen yang sama akan terus dikekalkan pada tahun 2017. Di samping itu, Konsul juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang turut menyokong pelbagai aktiviti Konsulat.
Konsulat Malaysia ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2017.