Archives Archives

Back

Majlis Makan Malam Bersama Rakan Konsulat

Pada 11 Disember 2019, Konsulat Malaysia di Pontianak telah menghos Majlis Makan Malam Bersama Rakan Konsulat bagi meraikan serta menyampaikan penghargaan kepada rakan-rakan Konsulat yang telah banyak memberi kerjasama dan bantuan sepanjang 2019. Antara yang hadir adalah Asisten III Gubernur Kalimantan Barat, Kepala Dinas Pemuda Olahraga Kebudayaan dan Pariwisata, Direktur Politeknik Pontianak dan wakil-wakil daripada Kantor Bea dan Cukai Kalbar, Stasiun Pengawasan Sumber Daya Kelautan dan Perikanan Pontianak dan Dinas Peternakan Kalbar. Selain itu, rakan-rakan Konsulat dari sektor swasta dan organisasi masyarakat turut hadir.

 

Semasa majlis diadakan, Konsul Malaysia telah mengambil kesempatan untuk memberi sedikit taklimat mengenai aktiviti-aktiviti kerjasama yang yang berjaya dilaksanakan pada tahun 2019 dalam konteks hubungan dua-hala Malaysia-Indonesia dan ASEAN.