Archives
Majlis Menandatangani MoU Bagi Pembinaan Lebuhraya Pontianak-Singkawang
Pada 9 Ogos 2019, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan telah mengadakan lawatan ke Pontianak pada 9 Ogos 2019 untuk menyaksikan upacara menandatangani MoU di antara Pemerintah Provinsi (Pemprov) Kalimantan Barat (Kalbar) dan Art Tuhfah Ventures (Labuan) Ltd, sebuah syarikat Malaysia bagi pembangunan jalan tol Pontianak-Singkawang. MoU tersebut ditandatangani oleh Bapak Sutarmidji, Gubernur Kalbar bagi pihak Pemprov Kalbar dan Datuk Mohamad Hedar Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Art Tuhfah di Kantor Gubernur.
MoU ini merupakan satu kesepakatan agar syarikat Art Tuhfah diberi konsesi pembinaan jalanraya bertol sepanjang 145km yang menghubungkan Kota Pontianak (ibu kota Kalbar) dan Kota Singkawang (kota kedua terbesar di Kalbar). Projek lebuhraya bertol ini merupakan antara enam projek nasional, Indonesia yang bakal dibangunkan di Kalbar yang lainnya termasuk Jalan Paralel Perbatasan; Jambatan Sungai Besar Sambar; Outer Ring Road dan Jambatan Kapuas III; Pengembangan jaringan jalan nasional; dan Pembesaran Jambatan Kapuas I.
MoU tersebut bakal mempergiatkan lagi hubungan kerjasama dua hala ekonomi di antara Malaysia dan Indonesia khususnya di Kalbar.