Archives Archives

Back

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PESANTREN EL AMANI OLEH KONSULAT MALAYSIA DI PONTIANAK

 

Pada 23 Ogos 2016, Konsulat Malaysia di Pontianak telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Pesantren El Amani iaitu sebuah pusat penjagaan anak-anak dari golongan yatim atau yang fakir miskin. Penyerahan sumbangan telah dilakukan oleh Encik Mohiuddin Ghazali, Konsul Malaysia di Pontianak kepada Ustaz Faiz, pengasas dan pengelola pesantren tersebut. Majlis turut dihadiri Bapak Rudi daripada Kantor Kecamatan Pontianak Kota bagi mewakili Pemerintah Kota, masyarakat setempat, staf-staf Konsulat dan anak-anak pesantren.

 

Pesantren El Amani merupakan sebuah pusat sukarela yang dibiayai sebahagian besarnya oleh Ustaz Faiz sendiri serta sumbangan dari orang awam. Pesantren tersebut kini menjaga seramai 20 orang kanak-kanak di mana selain menjaga kebajikan mereka dari segi penginapan, pakaian dan makanan, mereka juga di ajar menghafaz al-Quran.

 

Konsulat Malaysia telah menyerahkan sumbangan bernilai lebih kurang RM10,000 yang terdiri daripada barangan elektrik, perabot dan bahan makanan. Moga-moga sumbangan ini dapat membantu Ustaz Faiz dalam menguruskan Pesantren El Amani serta memberi sedikit keselesaan kepada anak-anak pesantren.

 

Konsul Malaysia Menyerahkan Sumbangan Kepada Pengasas Pesantren El Amani