Archives Archives

Back

MEMUDAHCARA KEMASUKAN PASUKAN MALAYSIA AUTOMOTIVE ROBOTICS & IoT INSTITUTE BAGI PELAKSANAAN ASEAN UNITY DRIVE 2025

Konsulat Malaysia telah membantu memudahcara kemasukan pasukan Malaysia Automotive Robotics & IoT Institute bagi melaksanakan ASEAN Unity Drive 2025 yang membawa kenderaan elektrik Proton E.Mas 7 melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin & Keselamatan (ICQS) Tebedu, Sarawak dan Pos Lintas Perbatasan Negara Entikong, Republik Indonesia menuju ke Jakarta bagi Program 'ASEAN UNITY DRIVE 2025 SOUTH ROUTE INDONESIA' yang akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta.
Terima kasih diucapkan kepada Agensi- agensi Kerajaan Malaysia, Pemerintah Indonesia : Kastam Diraja Malaysia & Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Indonesia, Polis DiRaja Malaysia & Kepolisian Negara Republik Indonesia; Jabatan Imigresen Malaysia & Direktorat Jenderal Imigrasi Indonesia; Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Kementerian Pengangkutan Sarawak & Dinas Perhubungan Indonesia; Kerajaan Sarawak dan Pemerintah Kalimantan Barat serta organisasi-organisasi dan individu-individu yang membantu menjayakan program ini secara langsung mahupun tidak langsung.
 
No photo description available.
 
No photo description available.
 
No photo description available.
 
No photo description available.
 
No photo description available.
 
No photo description available.
 
No photo description available.
 
No photo description available.
 
No photo description available.