Archives
Musyawarah Provinsi Kadin Kalbar 2017, 20-21 Februari 2017
Pada 20 Februari 2017, Konsul Malaysia telah dijemput oleh Kamar Dagang dan Industri (Kadin) Provinsi Kalimantan Barat (Kalbar) untuk memberikan taklimat kepada ahli-ahli Kadin mengenai potensi kerjasama ekonomi di antara Kalbar dan Sarawak pada Musyawarah Provinsi Kadin Kalbar 2017 di Hotel Mahkota, Pontianak.
Musyawarah tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang ahli Kadin dari seluruh Kalbar. Antara potensi kerjasama ekonomi Sarawak-Kalbar yang dimaklumkan adalah potensi perdagangan antarabangsa melalui pos lintas batas Tebedu (Sarawak) - Entikong (Kalbar). Sehingga kini, perdagangan masih terhad kepada perdagangan tradisional di mana seorang warga kawasan perbatasan dibolehkan membeli barangan dari Sarawak sebanyak RM600 di bawah Border Trade Agreement Malaysia-Indonesia 1970.
Apabila pelabuhan darat di Entikong siap dibina dan beroperasi yang membolehkan perdagangan antarabangsa bermula, adalah dijangkakan nilai perdagangan Sarawak-Kalbar akan meningkat dengan pesat daripada nilai perdagangan yang kini sekitar RM300 juta. Kedua-dua ahli Kadin dan Konsulat Malaysia mengharapkan agar ianya direalisasikan bagi pembangunan ekonomi bersama.