Archives Archives

Back

PROGRAM MENDAMPINGI RAKYAT MALAYSIA (PMRM) AKHIR TAHUN 2022

Konsulat telah menganjurkan Program Bersama Rakyat Malaysia pada 10/12/2022 bertempat di Hotel Golden Tulip, Pontianak. Sesi petangnya telah diadakan taklimat dan penerangan berkenaan fungsi dan aktiviti yang dijalankan Konsulat yang disampaikan oleh Tuan Azizul Zekri selaku Konsul Malaysia di Pontianak. Selain itu, satu sesi taklimat berkenaan isu-isu konsular dan imigresen telah disampaikan oleh Puan Kasmaliza, Atase Imigresen di Pontianak dan disusuli dengan sesi soal jawab. Program diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu, pengalaman dan kemahiran berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan rakyat Malaysia di Kalimantan. Pada sebelah malamnya diadakan sesi Makan Malam dan Sesi Ramah Mesra bersama Rakyat Malaysia di Pontianak.