Archives
Back
Politeknik Mukah, Sarawak dan Politeknik Negeri Pontianak Menandatangani MoU Kerjasama
Delegasi daripada Institut Politeknik Mukah, Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke Pontianak pada 18-20 September 2018. Tujuan utama lawatan adalah untuk memperbaharui dan menandantangani MoU Kerjasama baru dengan Politeknik Negeri Pontianak (Polnep). Seramai 15 orang delegasi daripada IPM yang terdiri daripada Direktor dan tenaga-tenaga pengajar turut mengadakan lawatan tinjauan ke Polnep serta mengadakan perbincangan dengan pihak Polnep dalam merangkakan program-program kerjasama akan datang.
MoU Kerjasama telah ditandatangani oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Abdubrani bin Yunus, Pengarah IPM dan Bapak Ir. H. Toasin Asha, Direktur Polnep pada 19 September 2018 di Polnep serta disaksikan oleh Konsul Malaysia di Pontianak.