Archives
Back
PROGRAM BUAL BICARA DI ANTARA KONSULAT, TECHNOLOGY COLLEGE SARAWAK (TCS) DENGAN RADIO REPUBLIK INDONESIA (RRI) PONTIANAK PADA 12 JANUARI 2024
Pada 12 Januari 2024, Konsulat Malaysia di Pontianak telah mengatur program bual bicara di antara Konsulat, Technology College Sarawak (TCS) dengan Radio Republik Indonesia (RRI) Pontianak bertempat di studio radio berkenaan. Bual Bicara bertajuk Pendidikan Tanpa Sempadan bersama Konsulat dan Technology College Sarawak ini diadakan secara langsung menerusi siaran Pro2 94.3 FM dan live streaming FB RRI Pontianak. Bual bicara ini bertujuan untuk mengenengahkan peluang-peluang bagi warga Kalimantan Barat menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia, dalam konteks ini adalah di TCS.