Archives Archives

Back

PROGRAM DEMONSTRASI MASAKAN MALAYSIA (NASI LEMAK DAN TEH TARIK) DI PONTIANAK POST PADA 27 MEI 2024

Pada 27 Mei 2024, Konsulat Malaysia di Pontianak dengan kerjasama Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri Malaysia di Pontianak (PERWAKILAN Pontianak) serta pasangan telah melaksanakan satu program bertujuan untuk memperkenalkan makanan Malaysia, iaitu Nasi Lemak dan Teh Tarik, kepada warga media Pontianak Post di pejabat mereka.

Program ini turut disertai dengan sesi demonstrasi dan penerangan tentang cara penyediaan Nasi Lemak, di mana peserta dapat melihat proses penyediaan nasi, sambal, dan bahan-bahan pelengkap seperti telur rebus, kacang tanah, ikan bilis, dan timun. Selain itu, demonstrasi penyediaan Teh Tarik turut diadakan, memaparkan teknik menarik teh yang unik dan menjadi simbol minuman popular di Malaysia.

Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan budaya makanan Malaysia kepada warga media serta mengukuhkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak. Sambutan hangat daripada warga media Pontianak Post menunjukkan minat yang tinggi terhadap makanan dan budaya Malaysia.