Archives Archives

Back

PROGRAM KEMASYARAKATAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA KORBAN BANJIR TAHUN 2021 DI SINTANG

Konsulat Malaysia telah mengadakan Program Kemasyarakatan dengan menyampaikan sumbangan kepada korban banjir tahun 2021 di Sintang pada 15 Juni 2022. Pemberian sumbangan berupa sembako kepada 80 orang ketua keluarga dan peralatan persekolahan kepada 150 orang pelajar sekolah. Seramai lebih daripada 400 orang telah menghadiri program tersebut. Konsulat Malaysia ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yth. Bapak dr. H. Jarot Winarno, M. Med. PH, Bupati Sintang, kakitangan Pemerintah Sintang, Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) Kabupaten Sintang, dan lain-lain organisasi/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini.