Archives Archives

Back

Program Sumbangan Pakaian Memadam Kebakaran Kepada Pasukan Pemadam Api Sukarela

 

Pada 28 April 2016, Konsulat Malaysia telah mengadakan Majlis Penyerahan Pakaian Pemadam Kebakaran Kepada Pasukan Pemadam Kebakaran Panca Bhakti bertempat di Kantor Panca Bhakti di Jl. Suprapto No.30.  Majlis ini turut dihadiri oleh Bapak Abi Hasni Tahir, Ketua Dewan Komisaris Yayasan Pemadam Kebakaran Panca Bhakti Provinsi Kalimantan Barat, Bapak Aswin, Ketua BPBD Kota Pontianak bagi mewakili Walikota Pontianak, Bapak Ateng Tanjaya, Ketua Umum Forum Komunikasi Kebakaran serta kira-kira 100 orang tetamu lain yang termasuk ahli sukarelawan Panca Bhakti, staf Konsulat Malaysia, pegawai Pemerintah Kota Pontianak, dan media tempatan.

 

Sebanyak enam pasang baju dan seluar kalis api dan helmet bomba telah disumbangkan bernilai Rp52 juta kepada pihak Panca Bhakti.  Sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan kepada ahli-ahli sukarelawan Panca Bhakti, Jl. Suprapto dalam menjaga keselamatan kebakaran masyarakat setempat.

 

 

Konsulat Malaysia di Pontianak mengucapkan kepada ahli-ahli sukarelawan semoga maju jaya dalam menjalankan tugas.

 

 

Acara Penyerahan Baju dan Topi Bomba

 

Taklimat mengenai peralatan-peralatan bomba di Panca Bhakti

 

Konsul Malaysia diwawancara oleh media tempatan

 

Foto Berkumpulan