Archives
Back
Sambutan Hari Kebangsaan 2016
Sempena Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2016, Konsulat Malaysia di Pontianak telah mengadakan majlis bagi menyambut hari yang cukup bersejarah tersebut. Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 50 orang tetamu yang terdiri daripada staf-staf Konsulat dan rakyat Malaysia serta ahli keluarga. Ianya bermula pada jam 9.00 pagi dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi nyanyian Negara Ku. Para hadirin turut menyanyikan lagu Sehati Sejiwa iaitu tema bagi Hari Kebangsaan pada tahun ini.
Konsulat Malaysia di Pontianak ingin mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia: Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2016!