Archives
Sesi Beramah Mesra Bersama Media Tempatan
Pada 22 Februari 2017, Konsulat Malaysia telah mengadakan sesi beramah mesra bersama wakil-wakil daripada 13 media tempatan di Hotel Golden Tulip, Pontianak. Antara media yang hadir adalah Antara News, PonTV, Okezone, Kapuas Post, Suara Pemred, Tribun Pontianak, Rakyat Kalbar, TVRI, Ruai TV, Kompas TV, T3, Pontianak Post dan Harian Berkat.
Semasa sesi beramah mesra tersebut, pelbagai informasi telah diberikan oleh Konsul Malaysia mengenai perkembangan-perkembangan terkini mengenai hubungan dua-hala Malaysia-Indonesia khususnya di provinsi Kalimantan Barat. Ianya merangkumi isu-isu seperti potensi kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh agensi-agensi keselamatan kedua-dua negara dalam menangani masalah-masalah di perbatasan termasuk jenayah seperti penyeludupan barangan haram.
Selain memberikan informasi dalam mempromosikan hubungan Malaysia-Indonesia, sesi tersebut telah berjaya merapatkan lagi hubungan kerjasama di antara media tempatan dan Konsulat Malaysia di Pontianak.