Archives Archives

Back

SUMBANGAN SEMBAKO DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Tarikh : 24/03/2025 hingga 26/03/2025

Pada 24/03/2025, Konsulat Malaysia memudahcara dan mengkoordinasi Majlis Berbuka Puasa anjuran Serantau Muslim, sebuah organisasi kebajikan di Malaysia bersama warga Pesantren Syifaul Qulub, Pontianak. Majlis ini juga diserikan dengan tausiah, lantunan ayat-ayat suci dan diteruskan dengan solat terawikh secara berjemaah. Pada 25/03/2025 pula, Konsulat Malaysia bersama dengan Bapak Iskandar, Ketua Rukun Tetangga di Jalan Perdana menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas (SEMBAKO) oleh Serantau Muslim, sebuah organisasi kebajikan di Malaysia kepada penduduk sekitar kejiranan konsulat. Seterusnya, pada 26/03/2025 Konsulat Malaysia memudahcara dan mengkoordinasi Majlis Berbuka Puasa anjuran Serantau Muslim, sebuah organisasi kebajikan di Malaysia bersama masyarakat tempatan di Tayan, Kabupaten Sanggau yang telah diadakan di Keraton Tayan. Turut hadir bersama Bapak Gusti Yusri, Raja Pakunegara Tayan bersama isteri. Majlis ini juga diserikan dengan tausiah dan diteruskan dengan solat berjemaah.

Lokasi Gambar : Pesantren Syifaul Qulub, Pontianak.

No photo description available.

No photo description available.

Lokasi Gambar : Rukun Tetangga Jl.  Perdana

No photo description available.

No photo description available.

Lokasi Gambar : Keraton Tayan, Kabupaten Sanggau

No photo description available.

No photo description available.