Archives Archives

Back

Taklimat Mengenai Peranan Konsulat Malaysia, Pontianak Kepada Mahasiswa Di Universitas Tanjungpura

 Pada 19 Januari 2017, Konsul Malaysia di Pontianak telah memberi taklimat mengenai peranan Konsulat Malaysia di Pontianak dalam merapatkan hubungan Malaysia-Indonesia kepada seramai lebih kurang 50 mahasiswa mahasiswi dan pensyarah-pensyarah Hubungan Internasional di Universitas Tanjungpura (UNTAN).

 

Selain memberi taklimat mengenai peranan Konsulat Malaysia di Pontianak, Konsul Malaysia juga telah menerangkan tugas-tugas seorang diplomat serta menjawab pelbagai soalan daripada mahasiswa mahasiswi UNTAN dari potensi perdagangan sehingga ke masalah jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah dan pendatang tanpa izin.

 

Konsulat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada pihak UNTAN atas anjuran aktiviti yang telah merapatkan lagi hubungan di antara Konsulat dan mahasiswa mahasiswi di Kalimantan Barat.