Archives
Wawancara Konsul Malaysia oleh Mahasiswi Universitas Tanjungpura
Pada 17 November 2016, Konsulat Malaysia telah dikunjungi seramai enam orang mahasiswi daripada program Hubungan Internasional, Universitas Tanjungpura (UNTAN). Hasrat mereka berkunjung adalah untuk mewawancara Konsul Malaysia mengenai peranan Konsulat Malaysia di Pontianak serta hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia.
Semasa wawancara, Encik Mohiuddin Ghazali, Konsul Malaysia di Pontianak telah menerangkan mengenai peranan Konsulat Malaysia iaitu untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Indonesia dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pendidikan, pertahanan, isu-isu perbatasan. Disamping itu, Konsulat Malaysia juga bertanggungjawab dalam memberikan pelbagai bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang berada di seluruh Kalimantan.
Konsulat Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada mahasiswi-mahasiswi Untan dan selamat maju jaya.
Mahasiswi UNTAN menemuramah Konsul Malaysia