Archives Archives

Back

Wawancara TVRI - Perdagangan Malaysia-Indonesia Pasca Perasmian Pos Lintas Batas Entikong

 Pada 10 Januari 2017, Konsul Malaysia di Pontianak telah diundang sebagai ahli panel perbincangan di TVRI Kalimantan Barat di program Bicara Kalbar yang membincangkan isu mengenai perdagangan Malaysia-Indonesia pasca perasmian pos lintas batas Entikong. Bapak Sugiri, Ketua Perdagangan Antarabangsa, Dinas Perdagangan dan Industri Kalimantan Barat turut hadir sebagai ahli panel. Program tersebut disiarkan secara langsung dari 4 hingga 5 petang.

 

Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah mengenai potensi meningkatkan perdagangan Malaysia-Indonesia terutamanya oleh Sarawak dan Kalimantan Barat melalui Entikong. Setelah Pos Lintas Batas Entikong dirasmikan oleh Presiden Jokowi pada 21 Disember 2016, Indonesia akan mula membina Pelabuhan Darat Entikong yang berperanan menguruskan penerimaan dan penghantaran kargo ke SM Inland Port di Tebedu, Malaysia.

 

Adalah diharapkan program tersebut dapat menarik minat sektor swasta kedua-dua negara untuk meninjau  peluang-peluang perniagaan pasca perasmian Pos Lintas Batas Entikong.